-TENTANG BLOG INI-

Kami dari DNS1A dan DNS1B.Blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia secara umum. Penulis juga masih menuntut dalam bidang tersebut, dengan adanya blog ini pengetahuan yang ada dapat dikongsi dan menjadi manfaat bersama.

Wednesday, 8 October 2014

BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan Negara ini sebuah Negara yang unik . Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama , kepercayaan dan adat resam tersendiri . Setiap kaum juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping saling menghormati kebudayaan kaum-kaum lain .

AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan . Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum .

KAUM MELAYU
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang melayu . Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri , malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun berlaku kemasukan buruh-buruh Cina dan India . Situasi ini berlaku kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketiga-tiga kaum tersebut lantaran ciri-ciri pemisahan yang ketara pada peringkat awal  (jajahan British), terutama dari segi pertempatan dan amalan ekonomi masing-masing . 

Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam . Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15 .Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sabagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam .Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini sememangnya berbeza  dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan. Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai asa/sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis. Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman.
KAUM CINA
          Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakatan majmuk. Golongan ini turut membawa bersama-sama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran. 

          Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-orang Cina. Confucius banyak mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang berlandaskan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang , keamanan , keharmonian , kemanusiaan , kebijaksanaan , keberanian dan kesetiaan. Jelaslah bahawa, masyarakat Cina di Tanah Melayu masih kekal menganuti dan mengamalkan kepercayaan yang dibawa dari tanah air mereka. Anutan masyarakat Cina dan kepercayaan yang diamalkan telah turut menjadi satu pandangan biasa kepada masyarakat tempatan , contohnya upacara pengebumian.

KAUM INDIA
          Masyarakat India yang tiba di Tanah Melayu turut membawa bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal. Agama yang paling banyak dianuti ialah agama Hindu. Ciri-ciri yang terkandung dalam agama Hindu ialah kepercayaan kepada dewa-dewa, asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu tetapi penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk Dewa menjadikan agama ini sering dilihat beraliran politisme , walaupun sebenarnya tidak tepat. Antara dewa tersebut ialah, Brahma(Dewa Pencipta) , Vishnu(Dewa Pelindung) , dan Siva(Dewa Pembinasa) , Indra(Dewa Perang dan Cuaca), Surya(Dewa Matahari) , Agni(Dewa Api) , Varuna(Dewa Langit) dan Lakhsmi(Dewa Kekayaan). 

       Konsep karma dan kelahiran semula,  masyarakat ini percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu. Kitab-kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Mengandungi riwayat hidup , amalan-amalan politik , kebudayaan , tempat , pakaian , minuman dan sebagainya.
MASYARAKAT SARAWAK
          Sarawak mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Kaum majority di Sarawak meliputi orang Iban(Dayak Laut) , orang Melayu dan orang Melanau. Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka berpegang pada ajaran animisme sejak dulu dan kini yang dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha. Selepas kedatangan kuasa Barat , agama Kristian dibawa masuk (dianuti sebahagian besar orang Iban).  

              Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka terhadap upacara ‘miring’ (jampi serapah untuk menolak bala). Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi. Aktiviti harian masyarakat Iban sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka. Sesuatu aktiviti itu boleh dibatalkan jika mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya. Masyarakat Melayu pula, mereka berpegang pada ajaran Islam. Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan seperti bersatu padu, bertatasusila, bertanggungjawab terhadap kebajikan seluruh komuniti dan sebagainya. Terdapat masjid di setiap kampung sebagai pusat kegiatan keagamaan. 

                 Masyarakat Melayu juga percaya kepada pantang larang tertentu, contohnya pantang larang orang-orang dulu anak gadis tidak boleh menyanyi di dapur kerana bimbang akan bersuamikan orang tua. Selain itu, wanita mengandung dilarang keluar rumah pada waktu senja kerana bimbang anak yang dikandung akan hilang diambil makhluk-makhluk ghaib. Masyarakat Melanau pula, asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai pegangan agama) tetapi kini ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei, kemudian keluarga Brooke, ramai antara mereka beralih ke agama Islam dan Kristian. Sebelum memeluk Islam mereka juga mempercayai terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa.

MASYARAKAT SABAH

          Sabah dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum. Masyarakat Khadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepada kepercayaan animism. Sebahagian kecil telah memeluk Islam dan Kristian. Ramai yang masih pagan di kawasan pedalaman. Masyarakat ini percaya kewujudan syurga dan neraka. Orang pagan percaya bahawa sesiapayang mati, rohnya akan dibawa ke Gunung Kinabalu. Masyarakat Khadazan-Dusun percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi. 

          Mimpi yang buruk mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka. Mereka juga mempunyai upacara pemujaan seperti ‘kaamatan’(pesta menuai), iaitu meraikan kesyukuran kerana mendapat hasil tuai yang banyak dan mengucapkan terima kasih. Upacara dilakukan oleh Bobohizan (seorang bomoh perempuan ). Mereka juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’. Masyarakat Bajau pula, hampir semua dalam kalangan mereka beragama Islam. Anutan ini yang menjadi pegangan mereka dalam segala aspek kehidupan.

        Mengamalkan upacara agama seperti berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran dan lain-lain. Mereka percaya kepada ‘jin’ , iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa. Selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’, iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Kepercayaan-kepercayaan sebegini semakin pupus. Kajian pada tahun 1950-an menunjukkan hamper 75% masyarakat Bajau telah pun memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.

BAB 1 - KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU

KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU
Kerajaan Johor warisan dari Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul selepas kejatuhan kuasan Portugis di Melaka . Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul . Namun begitu , kegemilaangan Kerajaan Johor Lama berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud ketika dijulang ke masjid pada tahun 1699 . Wujud pula Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus , Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman selain dari Kerajaan Johor . Disamping itu , kegiatan dan campur tangan Bugis di Semenanjung Tanah Melayu di sekitar tahun-tahun 1720-an mewujudkan kerajaan baru di Johor , Perak , Kedah dan Selangor .

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Kebanyakan penduduk Negeri Sembilan adalah orang Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung , Sumatra . Pada awal abad ke 16 petempatan orang Minangkabau wujud di Naning , Sungai Ujong dan Rembau . Sumber-sumber sejarah mencatatkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1677 . Orang Minangkabau telah menjemput Raja Ibrahim iaitu anak Raja Pagar Ruyung untuk dijadikan raja mereka di Negeri Sembilan . Namun begitu , hasrat mereka untuk mewujudkan sebuah kerajaan gagal kerana Raja Ibrahim mati terbunuh pada tahun 1678 di Rembau . Sehubungan dengan itu , tempat Raja Ibrahim digantikan dengan Raja Kesah yang juga dari Pagar Ruyung . Namun begitu , beliau tidak layak menjadi raja . Sumber sejarah yang lain pula mengatakan , Kerajaan Negeri Sembilan ini telah diasaskan oleh Raja Melawar yang juga dari Pagar Ruyong  pada tahun 1733 . Raja Khatib dari Siak telah dahulu tiba Negeri Sembilan sebelum ketibaan Raja Melawar lagi . Raja Khatib cuba mendapatkan pengaruh di Negeri Sembilan . Raja Khatib membuat percubaan untuk merampas kuasa dengan bantuan Penghulu Naam dari Ulu Muar tetapi gagal . Mengikut sumber sejarah yang dicatatkan oleh Belanda menyatakan bahawa Raja Melawar sudah terkenal sejak tahun 1720-an . Pada tahun 1772 , Raja Kecil yang telah diusir oleh kerajaan Johor telah meminta bantuan daripada Raja Melawar . Namun begitu , permintaan beliau tidak dilayan oleh Raja Melawar . Sebaliknya , pada tahun 1727 Raja Kecil mengutuskan Raja Khatib ke Negeri Sembilan . Hal ini bertujuan untuk menggulingkan Raja Melawar yang memerintah Rembau dan menguasai Rembau . Raja Khatib Berjaya menguasai Rembau dan cuba meluaskan kuasanya ke Naning .

Pada ketika itu , Naning berasa di bawah jajahan Belanda . Pada tahun 1728 pula , Raja Khatib telah ditangkap oleh pihak Belanda seterusnya menghantarnya ke Siak .Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Sembilan terbentuk pada ketika ini adalah kerana orang Minangkabau berhasrat untuk menyaingi kuasa Bugis yang bertapak di Johor . Tambahan pula , dalam perjanjian antara Gabenor Belanda di Melaka dengan ketua kaum Bugis , Daing Kemboja , Raja Tua Klang dan Ketua Orang Minangkabau pada tahun 1759 , tercatat akan kepentingan Rembau sebagai Pusat Kerajaan Negeri Sembilan . Sehubungan dengan itu , Raja Melawar telah ditabalkan di Penajis , Rembau sebagai yang Dipertuan Besar yang pertama . Rembau juga menjadi pusat Kerajaan Negeri Sembilan dan dikenali sebagai tanah kerajaan dan kediaman diraja dipindahkan ke Seri Menanti yang juga dikenali sebagai Tanah Mengandung .

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

            Negeri Sembilan satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih . Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan adalah berteraskan adat ini . Ketua Kerajaan Negeri Sembilan adalah Yang Dipertuan Besar . Baginda dilantik oleh empat orang Pembesar Negeri yang bergelar Undang dan juga Tengku Besar Tampin . Undang adalah ketua Luak atau Daerah . Empat orang Undang yang berkuasa melantik Yang Dipertuan Besar ialah yang pertama Undang Johol , yang kedua Undang Jelebu , yang ketiga Undang Rembau dan yang keempat Undang Sungai Ujong .

KERAJAAN TERENGGANU

            Pada tahun 1726 , kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan dan Sultan Zainal Abidin adalah sultan Terengganu yang pertama . Baginda adalah adinda kepada Sultan Abdul Jalil , bekas bendahara yang menjadi sultan Johor . Sultan Abdul Jalil telah berpinda ke Terengganu setelah melarikan diri dari Johor dan berpindah pula ke Kuala Pahang . Sumber sejarah ada mengatakan Sultan Zainal Abidin telah dilantik oleh Raja Terengganu tetapi ada juga sumber mengatakan bahawa beliau telah dilantik menjadi pemerintah Negeri Terengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah iaitu Putera Sultan Abdul Jalil .Sistem pentadbiran Negeri Terengganu sama dengan pentadbiran Negeri Johor iaitu mufti dan kadi merupakan pembesar yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dengan memberi nasihat berkaitan keagamaan . Seterusnya , zaman kegemilangan negeri ini bermula pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dari tahun 1741 hingga 1793 .

KERAJAAN KELANTAN

            Kerajaan ini pula wujud pada tahun 1764 . Sultan Kelantan yang pertama adalah Long Yunus dan beliau telah dilantik oleh Sultan Mansur Syah dari Terengganu kerana beliau telah membantu Sultan Terengganu mendamaikan huru hara di Kelantan . Long Yunus tidak menggunakan gelaran “Sultan” ketika baginda memerintah Kelantan . Sultan Kelantan dan rakyat baginda merupakan penganut agama Islam yang taat pada masa itu . Hsieh Ch’ing Kao yang telah melawat Kelantan mengatakan pengaruh agama Islam sangat kuat di negeri itu . Setelah Long Yunus mangkat , tempat baginda digantikan oleh menantunya iaitu Tengku Muhammad . Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati Long Muhammad iaitu putera Long Yunus dan ini mengakibatkan negeri itu huru-hara . Lomg Muhammad telah merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Kelantan dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad 1 . Hubungan Antara Kelantan dan Terengganu menjadi renggang kerana Tengku Muhammad adalah putera Sultan Terengganu . Oleh itu , Sultan Muhammad 1 telah mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Siam bagi mengukuhkan kuasa baginda . Hubungan baik antara Siam dengan Kelantan menyebabkan Siam campur tangan dalam hal ehwal kerajaan Kelantan dan seterusnya pentadbiran negeri itu diambil alih oleh Inggeris selepas Siam dan Inggeris menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 .

KERAJAAN SELANGOR


            Kerajaan Selangor merupakan kerajaan terakhir yang wujud pada abad ke 18 . Bermula pada tahun 1766 dengan pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama . Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah . Selepas pertabalan tersebut , Sultan Salehuddin Syah mengamalkan dasar luar yang agresif . Baginda ingin berbaik baik dengan orang Bugis di Selangor . Oleh kerana itu baginda mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan Perak . Sistem pentadbiran Negeri Selangor masih memakai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Johor . Beberapa jawatan masih dikekalkan dalam sistem pentadbiran negeri itu . Antaranya ialah : Dato’ Menteri , Dato’ Naga , Datuk Engku Kelang . Jawatan-jawatan pembesar Selangor yang telah diwujudkan oleh Sultan Salehudden adalah : Datuk Maharajalela , Datuk Panglima Dalam , Datuk Penggawa Tua , Tengku Panglima Besar dan Datuk Kaya Kecil Kelang . Ketika puak Bugis menguasai Selangor , mereka membina pusat pentadbirannya di Kuala Selangor . Sebelum dikuasai Bugis , Sungai Bernam di bawah kuasa Kerajaan Perak . Perluasan pengaruh Bugis meliputi Jeram , Klang , Langat , Lukut dan Sungai Raya . Pada 1777 , Sultan Salehuddin mangkat dan Raja Ibrahim telah dilantik sebagai Sultan Selangor yang kedua dengan gelaran Sultan Ibrahim Syah .

BAB 6 PEMBANGUNAN NEGARA




DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

LATARBELAKANG

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),

menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun2020.

  

OBJEKTIF

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang

bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan

mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah

membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari

segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan

pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

 

STRATEGI PELAKSANAAN

DPN akan terus mengekalkan strategi asas  Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian

kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat  untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial

dan ekonomi antara kaum dan dengan ini  akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang

lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut: 

i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama;

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang  bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi  antara sektor bagi mengoptimumkan

pertumbuhan;

iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk

menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan  saksama faedah yang diperolehi dari

pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi  nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara

kawasan Bandar dan luar bandar;

v. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian

yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiranyang perlu bagi menghadapi cabaran

pembangunan industri melalui satu budaya  kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat

penyusunan semula masyarakat;

vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan

kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains

dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka

panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

BAB 1 SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki sejak
  • Zaman Paleolitik(Zaman Batu Awal, kira-kira 35000 tahun dahulu)
  • Zaman Mesolitik(Zaman Batu Tengah kira-kira 11000 tahun dahulu)
  • Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu)
  • Zaman Logam(Zaman Gangsa Besi kira-kira 2500 tahun dahulu)
Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman-zaman tersebut. Penempatan manusia Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan(Perak), Gua Niah(Sarawak) dan Tingkayu(Sabah). Sementara itu penempatan-penempatan manusia Zaman Mesolitik yang ditemui di Tanah Melayu ialah di Gua Cha(Kelantan), Gua Kecil(Pahang), Jenderam Hilir(Selangor), Gua Madai dan Gua Gomantong(Sabah) dan Gua Niah(Sarawak). Penempatan-penempatan Zaman Logam adalah di Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk (Terengganu) dan Sungai Tembeling.
Sejak Zaman Neolitik lagi beberapa kawasan di Tanah Melayu menjadi tempat perdagangan. Ini kerana kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di tengah-tengah perjalanan pedagang China dan Arab. Hasil bumi Semenanjung Tanah Melayu telah diketahui oleh pedagang-pedagang asing sejak abad pertama. Antara hasil bumi yang popular ialah damar, rotan dan bahan-bahan galian seperti emas dan swarnabumi iaitu emas bumi kerana terdapat banyak emas di Tanah Melayu.

Sejak kurun pertama, beberapa buah kerajaan telah muncul di Nusantara ini, termasuk di Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahawa di rantau ini telah wujud beberapa buah kerajaan sejak lama dahulu. Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan awal yang mempunyai tanah jajahan dan berperanan penting dalam memajukan tamadun Melayu.


Kawasan Nusantara atau Kepulauan Melayu ini telah didiami oleh orang Melayu sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada keseluruhan penduduk negeri Nusantara ini dan merupakan sebuah entiti sosial, budaya, dan fizikal yang mengalami pengaruh-pengaruh Hindu, Buddha, Islam, dan Kristian daripada kedatangan penjajah-penjajah barat(Perancis, Sepanyol dan Inggeris). Kawasan nusantara ini berpecah perintah mengikut kawasan mereka. Ekoran itu wujud entiti geopolitik yang berbeza-beza mengikut pengaruh penjajah yang berbeza-beza.