-TENTANG BLOG INI-

Kami dari DNS1A dan DNS1B.Blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat dalam bidang Pengajian Malaysia secara umum. Penulis juga masih menuntut dalam bidang tersebut, dengan adanya blog ini pengetahuan yang ada dapat dikongsi dan menjadi manfaat bersama.

Wednesday, 8 October 2014

BAB 6 PEMBANGUNAN NEGARA




DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

LATARBELAKANG

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),

menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun2020.

  

OBJEKTIF

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang

bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan

mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah

membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari

segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan

pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

 

STRATEGI PELAKSANAAN

DPN akan terus mengekalkan strategi asas  Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian

kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat  untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial

dan ekonomi antara kaum dan dengan ini  akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang

lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut: 

i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama;

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang  bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi  antara sektor bagi mengoptimumkan

pertumbuhan;

iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk

menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan  saksama faedah yang diperolehi dari

pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi  nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara

kawasan Bandar dan luar bandar;

v. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian

yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiranyang perlu bagi menghadapi cabaran

pembangunan industri melalui satu budaya  kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat

penyusunan semula masyarakat;

vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan

kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains

dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka

panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

No comments:

Post a Comment